Pages

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawih

Asalamualaikum..
..Hari nie sudah masuk 2 minggu umat islam berpuasa.Aku pun puasa juga belum tinggal lagi puasa. Menunggu saat-saat ketika berbuka itu adalah nikmat yang diberikan oleh Allah.Aku berbuka bersama dengan mak dan adikku iaitu Ahmad Kamil.Aku berbuka pada pukul 7.30 mlm dan masuknya azan maghrib lantas kami pun berbuka puasa.Hari nie mak aku masak nasi lemak berlaukkan sotong,undang dan ikan bilis sangat sedap sekali sambil menjilat jari...he..he...Setelah selesai makan kami pun sembahyang.
...Aku sembahyang maghrib pada pukul 7.50 menunggu mak sembahyang berjemaah bersama-sama.Tapi hari nie mak aku lambat sikit lalu aku pun sembahyang dahulu.Setelah habis sembahyang maghrib aku pun membaca buku tentang Beriman kepada Hari Akhirat...Seronok ceritanya banyak hadis-hadis dan cerita mengenai hari Akhirat.Selepas habis membaca Beriman Kepada Hari Akhirat azan Isyak pun berkumandang aku dan mak aku pun sembahyang Isyak dan sembahyang terawih sekali.Kami sembayhang terawih 8 rakaat sahaja.

No comments:

Post a Comment