Pages

Friday, March 18, 2011

-Penunaian Umrah-

-Pengertian Umrah-

Umrah menurut bahasa maknanya ziarah.Menurut istilah agama, umrah ialah menziarah Baitullah dan bertawaf disekelilingnya,Sae'i antara Safa dan Marwah dan bercukur atau memotong rambut mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

-Hukum Umrah-
Ibadat umrah mengikut hukumnya adalah fardu Ain.Oleh yang demikian, ianya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan mampu mengerjakan umrah sekali seumur hidup.Firman Allah dari al-Quran al-Baqarah ayat 196 berbunyi:-

Maksudnya:-
Sempurnakan haji dan umrah kerana Allah

-Persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci-
Di dalam beberapa kitab disarankan garis panduan untuk mendapat keampunan Allah sebelum melakukan 'umrah seperti:
1.Bertaubat dan sembahyang sunat taubat
2.Sembahyang istiharah
3.Memberitahu kedua-dua ibu bapa (jika masih ada)
4.Menyelesaikan segala hutang piutang peribadi (bukan hutang berjadual)
5.Memahami umrah dengan cukup lengkap
6.Ada pebimbing atau ketua yang akan memandu.

-Persedian penting dibawa ke Tanah Suci seperti berikut-
Lelaki
1.Dua helai tuala ihram
2.Satu utas tali pinggang
3.Satu pasang selipar atau capal
4.satu buku panduan/ buku doa dan tasbih
5.Satu gunting kecil (boleh beli dimekah)

Perempuan
1.Dua telekung sembahyang
2.Dua pasang stoking panjang
3.Dua pasang kasut ringan
4.Satu tuala muka/sapu tangan
5.Buku panduan dan doa
6.2 pasang sarung lengan

-Keperluan yang sangat mustahak-
1.Ubat demam atau sakit kepala seperti panadol dan antibiotic
2.Ubat batuk atau sakit tekak
3.Ubat selesema
4.Ubat lenguh lutut
5.Ubat cirit-birit
6.Ubat gastrik
7.Minyak angin
8.Nevea cream atau sejenisnya
9.Ubat sakit jantung bagi jemaah yang terlibat
10.Plaster
jika ubat2 diatas diambil dari klinik, mintalah satu surat dari doktor untuk kemudahan pemeriksaan Imigresen Arab Saudi. Ubat ini hendaklah dibawa dengan tangan untuk mudah menggunakannya apabila perlu.

-Rukun Umrah:5 Perkara
1.Berniat ihram 'Umra
2.Tawaf Ka'abah tujuh kali keliling
3.Sa't diantara Safa dan Marwah 7 pusingan
4.Bergunting atau bercukur (untuk tahalul)
5.Tertib.

Wajib Umrah:
1.Niat ihram di miqat. (sempadan)
2.Menjaga pantang larang ihram.

Rukun adalah merupakan perkara asas yang mesti dilakukan. Sekiranya ditinggalkan sesuatu rukun, atau tidak dilakukan mengikut syarat-syaratnya ;Umrah itu tidak sah (batal)dan pelaku masih dalam ihram terpaksa diulangi semula amalan itu sehingga selesai dan wajib disegerakan qadha.'

-Sunat Umrah-
Sunat umrah terlalu banyak untuk disebutkan, sebahagian daripadanya seperti berikut:
Sebelum Ihram:
1.Bersedekah sebelum berangkat
2.Mengerat kuku
3.Mengandam rambut, misai, janggut dan ari-ari
4.Memakai ihram berwarna putih
5.Mandi sunat ihram
6.Sembahyang suant ihram

-Sesudah Berniat ihram-
1.Bertalbiah selepas niat hingga tawaf
2.Berdoa setiap lokasi ibadah'umrah
3.Menguncup al-hajarul-aswad atau istilam(melambai-lambai tangan) di Hajarul Aswad
4.Sembahyang sunat tawaf dibelakang makam Ibrahim
5.Melakukan tawaf dan sa'i berturut-turut.
6.Minum air zamzam
7.Bercukur selepas sa'i (bukan sekadar bergunting) bagi lelaki. (untuk tahalul)


Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9,Wisma Andalusia,Jalan Belangkas,
off Jalan Kampung Pandan,Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur,Wilayah Perssekutuan
Tel :0392831588
website:www.andalusia2u.com (2011)(BULAN MEI)

Syarat-Syarat dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pemprosesan Visa Umrah 2011

1.Pasport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh
penerbangan beserta 6 muka surat kosong.
2.4 Keping gambar berwarna berukuran 6cm x 4cm berlatar belakangkan warna putih.
Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak
digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
3.Kad suntikan ACYW135@Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

Bagi Jemaah Wanita:
a)Pergi bersama Mahram

1.Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin
2.Bagi wanita yang bermahramkan bapanya-Salinan sijil lahir
3.Bagi wanita yang bermahramkan adik-beradik lelaki- Salinan kad pengenalan
adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua).
4.Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki-Salinan sijil lahir anak lelaki
tersebut.

b) Pergi tanpa mahram

1.Bagi wanita yang pergi tanpa suami (kebenaran suami)- salinan kad pengenalan
suami dan salinan sijil nikah. (Tumpang mahram atau "womaen group untuk usia 45
ke atas)
2.Bagi wanita yang tumpang mahram(kebenaran adik-beradik lelaki sahaja)-Salinan
kad pengenalan adik-beradik lelaki beserta salinan sijil lahir kedua-dua.
3.BAgi wanita yang tumpang mahram (kebenaran anak lelaki sahaja)- Salinan kad
pengenalan anak lelaki dan salinan sijil lahir anak lelaki tersebut.
4.Bagi wanita berstatus ibu tunggal- salinan surat kematian suami atau surat
penceraian perlu disertakan.

Bagi kanak-kanak 18 tahun ke bawah

1.Bagi kanak-kanak perempuan yang bermahramkan bapanya-Salinan sijil lahir
2.Bagi kanak-kanak lelaki bermahramkan bapanya - salinan sijil lahir
3.Bagi kanak-kanak (anak angkat) boleh bermahramkan bapa angkat - salinan surat
pengambilan anak anagkat.

Bagi warganegara asing

1.salinan permit kerja/visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan
atau salinan kad pengenalan
2.Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak
dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
a.Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap-tiap majikan.
b.Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada
majikan tempat mereka bekerja.

1.Deposit rm300 setiap seorang dan baki pembayaran perlu diserahkan sebulan
sebelum tarikh penerbangan.

Nota: 1.SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN
2.SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK ANDALUSIA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.

Sunday, February 27, 2011

Allah mengutuskan rasul kepada manusia dengan tujuan:

1.Menyeru manusia supaya bersaksi dan beribadat kepada Allah yang sebenar serta
menegakkan ajaran-ajaran agamanya.
2.Untuk menjelaskan kepada manusia perkara-perkara ghaib yang tak dapat difikir
dengan akal semata-mata,kerana daa kebolehan akal manusia terbatas. Setakat
apa yang dapat dicapai melalui pancaindera sahaja. Tetapi mereka boleh
terima perkara-perkara yang ghaib apabila diterangkan oleh rasul dengan
keterangan-keterangan yang nyata dan jelas.
3.Untuk memberi rahmat keseluruhan alam kerana dengan pengajaran-pengajaran
yang dibawanya dapat memberi kebaikan bukan sahaja kepada manusia bahkan
kepada seluruh mahkluk dan Allah tidak akan bertindak ke atas seseorang sebelum
diutuskannya rasul.
4.Untuk menyampaikan undang-undang Allah kepada manusia supaya mereka mendapat
kesejahteraan dan kesempurnaan hidup dunia dan Akhirat.
5.Menjalankan tugas-tugas penting kepada manusia iaitu:-
a)Sebagai menjadi saksi kepada umatnya di Akhirat kelak.
b)Menyampaikan berita gembira (Kepada orang-orang yang beriman) dan berita
menakutkan (kepada orang-orang yang ingkar).
c)Penyeru kepada agama Allah (dengan taufik yang diberikannya).
d)Sebagai lampu yang menyuluh manusia daripada kegelapan jahil kepada
cahaya kebenaran dan ilmu pengetahuan.

Friday, February 11, 2011

tip motivasi: jangan rasakan ilmu di dada dah cukup. terus mencari ilmu. kerana apa sahaja ilmu yang kita ada, hanyalah sedikit sahaja. tak kira bidang apa yang kita ceburi, menambahkan ilmu dalam bidang tersebut akan menambahkan kejayaan kita

Tip motivasi: cari "pesaing" yg JAUH lebih hebat untuk bersaing. tak kira, dlm perniagaan & kerier. kalau jual burger, letak McD sebagai pengukur utk menyaingi. Kalau jual tudung kecil2an, letak Tudung Ariani sbg pesaing. Kalau seorang jurugambar, letak nama2 jurugmbar hebat sbg "pesaing". Bila letak diri dgn pengukur yg lebih hebat, kita akan lebih kreatif dlm perhebatkan diri kita!

Tip Motivasi: 3 perkara akan terjadi bila orang mengutuk anda: 1: orang tersebut akan mendedahkan sifat NEGATIFnya kepada orang lain 2: 10 orang lain akan mengutuknya 3: anda mendapat pahala FREE dan dia mendapat dosa so, just stay cool! peace ;)

Dalam hidup, untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi, kita tak boleh puaskan hati semua pihak. pastinya ada pihak yang tak suka kita, benci kita, nak lihat kita jatuh, kutuk, keji kita, sindir, dan sewaktu dengannya. Apa yang kita boleh lakukan adalah, ucapkan "Alhamdulillah" dengan segala rezeki dan kekuatan pemberianNya dan smile always!

ip motivasi: adakalanya kita perlu putus asa. Bila? Bila kita gagal dan tidak belajar apa pun untuk memperbaiki. Gagal dan tidak melakukan perubahan. Gagal dan tetap lakukan benda yang sama berulang kali selepas kegagalan itu. Maka, lebih baik berhenti je. Kalau gagal, tetapi anda belajar sesuatu utk memperbaiki, maka, jangan putus asa ;)

tip motivasi: have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita ;)

tip motivasi: ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja... TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!

Tip Motivasi: Malas tu ok! tapi, malas lah pada perkara yang membuang masa. Malas pada membuat perkara yang tidak berfaedah. malas juga pada melakukan sesuatu yang tidak memberi pulangan ;) Jangan malas buat kerja sudah!

tip kewangan: bilionair juga berjimat. Warren Buffet, tinggal di rumah "biasa" yang dibelinya 30 tahun dulu, pemilik IKEA memandu kereta volvo berusia 15 tahun. Pemilik pasaraya gergasi US, Wal-Mart juga membawa kereta ford berusia 15 tahun. Kita yang belum bilionair atau jutawan, lagi lah perlu berjimat!

Kenapa Fan Page? Facebook...

Saya akan ceritakan satu persatu kenapa fan page
adalah senjata baru yang wajib perlu anda dalam dimasa kini.
Fan page adalah revolusi jualan, dan sejak fan page dijalankan,
ramai pakar-pakar Internet dunia cuba menggunakan kaedah
fan page ini.
Dan ternyata jualan mereka semakin naik kerana beberapa
kesan seperti:
1. Penglibatan secara langsung Pelanggan dan bakal pelanggan
kepada mereka mereka melalui kaedah direct messaging. (sistem web 2.0)
2. Produk boleh diberi fokus dengan lebih kerana fan page mempunyai komponen seperti video, photos, notes, discussion dan review.
3. Antara yang hebat menjalankan aktiviti ini kebanyakan syarikat swasta luar negara yang mengenakan cas
 yang standard dan kerana kurangnya pengetahuan orang ramai mengenai perkara ini.
Fan page mempunyai ciri-ciri yang baik untuk :
1. Perniagaan produk – fizikal atau online
2. Branding Produk / Servis – Ini bertujuan untuk membentuk brand awareness.
Pada pandangan saya, fan page amat diperlukan kerana terdapat 500 juta pengguna di seluruh dunia dan 7 Juta adalah dari Malaysia.
Jika dibandingkan dengan skop menjual, sudah tentu anda perlu jual ditempat yang mempunyai ramai orang dan facebook adalah salah satu tempat yang baik.
Untuk reach customer dengan targeted secara demographic, facebook juga menyediakan pengiklanan direct kepada pengguna facebook lain. Erti kata, Anda boleh bayar facebook untuk menyampaikan iklan anda kepada orang yang tepat.Jadi jimat kos kerana anda tidak melakukan mass marketing tetapi targeted marketing.
Artikel selepas ini saya akan ceritakan lagi bagaimana untuk membuat fan page yang baik dari segi optimization dan juga aplikasinya..
Langkah-langkah untuk membina fan page adalah sangat mudah, semudah abc 123.
Dalam facebook anda memerlukan fan page selain profile anda.
Ini kerana fan page mempunyai ciri-ciri berikut:1. Fan page boleh digoogle – ini bermaksud keyword fan page anda
akan di index oleh google. Bermakna anda juga telah membuat
backlink kepada produk dan servis anda sendiri. 2. Fan page tidak perlu login – pelawat tidak perlu login untuk melihat
tawaran anda. Erti kata lain, selepas pelawat google dan dapat
lihat fan page anda tanpa perlu login. Ini berbeza denga profile
dan group.
3. Fan page boleh memaparkan tawaran produk – dengan menggunakan
fan page, anda boleh memaparkan produk anda dibahagian photos,
notes atau video . Jadi anda mempunyai galeri produk dan penerangan
tanpa perlu fikirkan kos hosting dan domain tambahan.
4. Fan page sesuai untuk digunakan untuk bina kredibiliti – anda boleh
menggunakan fan page untuk bina kredibilit anda. Dengan cara anda
menulis notes, memberi review dan juga posting kepada blog dimana
link akan muncul secara automatik dengan penggunaaan applikasi
tertentu. (saya cerita kemudian)
5. Fan page lebih power dengan aplikasi yang profile ada, fan page boleh
gunakan. Antaranya ialah status twitter anda dipostkan secara automatik
ke newsfeed.
6. Fan page dapat kumpul email list – anda tentu tahu bahagian pemasaran
paling penting ialah emai list, fan page boleh memaparkan opt-in autoresponder anda dihadapan wall utama.
7. Fan Page juga mempunyai landing tab – ini bermaksud fan page mempunyai keupayaan redirect bakal pelanggan anda dengan landing tab yang ada dalam fan page. Anda letakkan tawaran berkesan anda dan letakkan opt-in supaya selain pelawat ‘like’ page anda, mereka juga opt-in.
8 . Fan Page mempunyai ‘like’ button, like button ini berfungsi sebagai soft-optin,bermaksud, hanya selepas pelawat dan pengguna facebook like page anda,sebarang update dari anda boleh dilihat di newsfeed mereka. Jika ada 11000 yang like page anda, bermakna newsfeed anda akan muncul pada newsfeed mereka secara ‘live’.
9. Dan yang terbaru dikeluarkan oleh Facebook ialah Social Plugin. Tujuaannya ialah untuk membantu page anda lebih VIRAL dengan Social plugin..

Soalan sering ditanya.
Q: Saya bukan artis atau IM terkenal, saya orang biasa je,
rasa semacam la pulak nak buka fan page ini.
A : Macam ini, ramai silap paham, sebenarnya fan page ini
merupakan nama lama bagi facebook untuk mempromosi
produk dan servis. Sekarang ini namanya business
page. Tujuan utama ialah untuk mempromosi produk dan
servis anda disamping kegunaan untuk meningkatkan
kredibiliti.
Q: Saya nak upah orang je buat fan page atau promosi produk,
malas saya belajar, buang masalah.
A: Ikut selera anda, tiada masalah, upah orang pun boleh..
luar negara pun Cas dari 99USD hingga 400USD . Jadi
Tiada masalah kalau ada duit.
Tapi bagi yang nampak peluang ini, Fan Page akan menjadi
Fokus Tempat Penjualan kerana mudah, percuma dan ramai
orang dah ada dalam tu.
Q: Kalau saya orang biasa je, perlu ke fan page nie. Kawan
dalam profile pun baru 15 orang.
Hah, menyedihkan.. dalam telefon pun ada beratus orang,
heh (gurau je) .. Fan page ini kalau anda sentiasa bagi link
pada kawan anda lebih baik. Sebabnya, kalau dah sampai
5000 orang, fan page boleh terima lagi. Profil dan group
tak boleh!.
Bagaimana dengan penerangan berkenaan fan page ini?
Kalau anda tak puas hati,boleh cuba seperti yang saya lakukan
dengan mendapatkan panduan ini segera sebelum HARGANYA DINAIKKAN!

Tuesday, February 8, 2011

Nama Amalan: Membaca Bismillahirrahmanirrahim -41 kali setiap hari

Aturan mengamalkannya:

1.Membaca Syahadah sekali (Asyhadu alla ilaha ilallah wasyhaduanna Muhammadan Rasulullah)
2.Membaca Istigfar (Astagfirullah Al-Azim - 3 kali)
3.Membaca surah AL-Fatihah sekali- dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga dan sahabat
   baginda.
4.Membaca surah Al-Fatihah sekali- dihadiahkan kepada keluarga kita yang berada di alam barzakh.
5.Membaca selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. (Allahuma salli ala Saidina Muhammad wa'alaalihi wasah
    bihi wasalam - sebanyak 21 kali atau 41 kali.
6.Mulailah membaca Bismillahirohmanirrohim - 41 kali setiap hari

INGATAN ISTIMEWA

Apabila malam Jumaat bermula dari waktu maghrib hinggalah keesokkan hari sebelum tibanya waktu SOLAT JUMAAT, hendaklah berselawat ke atas Nabi sebanyak 400 kali bagi menambahkan lagi keberkatan hidup didunia dan di akhirat serta kebahagian yang berpanjangan.


Seseungguhnya  besar kekesalan dan kekecewaan yang menimpa hamba-hamba yang mengingkari kebenaran tidaklah datang kepada mereka seseorang RASUL melainkan mereka mengejaek-ngejek dan memperolok-olokkan (Surah Yasin : Ayat 30)

Tuesday, August 31, 2010

-Berbuka puasa-

Assalamualaikum...
 Jam menunjukkan pada pukul 7.00 malam.Sebentar lagi umat islam akan berbuka puasa pada pukul 7.30 malam dan sembahyang terawih.Pada hari ini aku makan nasi lemak berlaukkan sotong masak pedas, ikan bilis goreng,telur mata kerbau, dan karipap semuanya sedap mak aku yang masak tapi aku ada juga menolongnya.
 Hidangan semua sudah tersedia diatas meja dan ditutup dengan tudung sajji warna merah.Aku tak sabar untuk menikmati juadah yang mak aku masak hari nie.Mak aku memang terror masak pun (delicious)..masakan mak.Tapi terasa sunyi sedikit sebab tiada abah...waaaaaaaaaaaaaa nak menangis aku bila terkenangkan abah, abah pandai masak dan rajin memasak..aku tidak lupa masakannya.Aku masih ingat lagi abah masak lepat pisang bersama-sama dengannya dan sayur masak kailan sedap.Sedap wooooooooo.
  Hari ini adik aku Ahmad Kamil makan berbuka puasa bersama-sama yang terakhir kerana dia akan pergi ke Johor esok sebab dia menjalankan tugas disana.Semoga perjalanan pergi dengan selamat.Amin

  

Monday, August 30, 2010

Apa itu Minisite???

Minisite adalah salah satu senjata rahsia dalam melariskan produk anda di  internet. Antara faktor yang mendorong sesorang terus membaca ialah surat jualan anda adalah first impression mereka dan minisite umpama kedai yang cantik'bersih' mestilah ada orang datang.

Minisite mempunyai kekuatan yang menarik  perhatian pengguna internet supaya memberi respon terhadap produk yang dipasarkan menerusi minisite anda.Penggunaan minisite juga bersesuaian dengan pemasaran beberapa jenis produk sahaja.Apa yang perlu ada didalam minisite hanyalah kelebihan produk dan manfaat
yang bakal pengguna perolehi daripada produk yang ingin dipasarkan.

Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang ingin dipasarkan seterusnya membuat  keputusan untuk membeli produk anda.