Pages

Friday, March 18, 2011

-Penunaian Umrah-

-Pengertian Umrah-

Umrah menurut bahasa maknanya ziarah.Menurut istilah agama, umrah ialah menziarah Baitullah dan bertawaf disekelilingnya,Sae'i antara Safa dan Marwah dan bercukur atau memotong rambut mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

-Hukum Umrah-
Ibadat umrah mengikut hukumnya adalah fardu Ain.Oleh yang demikian, ianya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan mampu mengerjakan umrah sekali seumur hidup.Firman Allah dari al-Quran al-Baqarah ayat 196 berbunyi:-

Maksudnya:-
Sempurnakan haji dan umrah kerana Allah

-Persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci-
Di dalam beberapa kitab disarankan garis panduan untuk mendapat keampunan Allah sebelum melakukan 'umrah seperti:
1.Bertaubat dan sembahyang sunat taubat
2.Sembahyang istiharah
3.Memberitahu kedua-dua ibu bapa (jika masih ada)
4.Menyelesaikan segala hutang piutang peribadi (bukan hutang berjadual)
5.Memahami umrah dengan cukup lengkap
6.Ada pebimbing atau ketua yang akan memandu.

-Persedian penting dibawa ke Tanah Suci seperti berikut-
Lelaki
1.Dua helai tuala ihram
2.Satu utas tali pinggang
3.Satu pasang selipar atau capal
4.satu buku panduan/ buku doa dan tasbih
5.Satu gunting kecil (boleh beli dimekah)

Perempuan
1.Dua telekung sembahyang
2.Dua pasang stoking panjang
3.Dua pasang kasut ringan
4.Satu tuala muka/sapu tangan
5.Buku panduan dan doa
6.2 pasang sarung lengan

-Keperluan yang sangat mustahak-
1.Ubat demam atau sakit kepala seperti panadol dan antibiotic
2.Ubat batuk atau sakit tekak
3.Ubat selesema
4.Ubat lenguh lutut
5.Ubat cirit-birit
6.Ubat gastrik
7.Minyak angin
8.Nevea cream atau sejenisnya
9.Ubat sakit jantung bagi jemaah yang terlibat
10.Plaster
jika ubat2 diatas diambil dari klinik, mintalah satu surat dari doktor untuk kemudahan pemeriksaan Imigresen Arab Saudi. Ubat ini hendaklah dibawa dengan tangan untuk mudah menggunakannya apabila perlu.

-Rukun Umrah:5 Perkara
1.Berniat ihram 'Umra
2.Tawaf Ka'abah tujuh kali keliling
3.Sa't diantara Safa dan Marwah 7 pusingan
4.Bergunting atau bercukur (untuk tahalul)
5.Tertib.

Wajib Umrah:
1.Niat ihram di miqat. (sempadan)
2.Menjaga pantang larang ihram.

Rukun adalah merupakan perkara asas yang mesti dilakukan. Sekiranya ditinggalkan sesuatu rukun, atau tidak dilakukan mengikut syarat-syaratnya ;Umrah itu tidak sah (batal)dan pelaku masih dalam ihram terpaksa diulangi semula amalan itu sehingga selesai dan wajib disegerakan qadha.'

-Sunat Umrah-
Sunat umrah terlalu banyak untuk disebutkan, sebahagian daripadanya seperti berikut:
Sebelum Ihram:
1.Bersedekah sebelum berangkat
2.Mengerat kuku
3.Mengandam rambut, misai, janggut dan ari-ari
4.Memakai ihram berwarna putih
5.Mandi sunat ihram
6.Sembahyang suant ihram

-Sesudah Berniat ihram-
1.Bertalbiah selepas niat hingga tawaf
2.Berdoa setiap lokasi ibadah'umrah
3.Menguncup al-hajarul-aswad atau istilam(melambai-lambai tangan) di Hajarul Aswad
4.Sembahyang sunat tawaf dibelakang makam Ibrahim
5.Melakukan tawaf dan sa'i berturut-turut.
6.Minum air zamzam
7.Bercukur selepas sa'i (bukan sekadar bergunting) bagi lelaki. (untuk tahalul)


Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9,Wisma Andalusia,Jalan Belangkas,
off Jalan Kampung Pandan,Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur,Wilayah Perssekutuan
Tel :0392831588
website:www.andalusia2u.com (2011)(BULAN MEI)

Syarat-Syarat dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pemprosesan Visa Umrah 2011

1.Pasport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh
penerbangan beserta 6 muka surat kosong.
2.4 Keping gambar berwarna berukuran 6cm x 4cm berlatar belakangkan warna putih.
Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak
digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
3.Kad suntikan ACYW135@Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

Bagi Jemaah Wanita:
a)Pergi bersama Mahram

1.Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin
2.Bagi wanita yang bermahramkan bapanya-Salinan sijil lahir
3.Bagi wanita yang bermahramkan adik-beradik lelaki- Salinan kad pengenalan
adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua).
4.Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki-Salinan sijil lahir anak lelaki
tersebut.

b) Pergi tanpa mahram

1.Bagi wanita yang pergi tanpa suami (kebenaran suami)- salinan kad pengenalan
suami dan salinan sijil nikah. (Tumpang mahram atau "womaen group untuk usia 45
ke atas)
2.Bagi wanita yang tumpang mahram(kebenaran adik-beradik lelaki sahaja)-Salinan
kad pengenalan adik-beradik lelaki beserta salinan sijil lahir kedua-dua.
3.BAgi wanita yang tumpang mahram (kebenaran anak lelaki sahaja)- Salinan kad
pengenalan anak lelaki dan salinan sijil lahir anak lelaki tersebut.
4.Bagi wanita berstatus ibu tunggal- salinan surat kematian suami atau surat
penceraian perlu disertakan.

Bagi kanak-kanak 18 tahun ke bawah

1.Bagi kanak-kanak perempuan yang bermahramkan bapanya-Salinan sijil lahir
2.Bagi kanak-kanak lelaki bermahramkan bapanya - salinan sijil lahir
3.Bagi kanak-kanak (anak angkat) boleh bermahramkan bapa angkat - salinan surat
pengambilan anak anagkat.

Bagi warganegara asing

1.salinan permit kerja/visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan
atau salinan kad pengenalan
2.Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak
dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
a.Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap-tiap majikan.
b.Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada
majikan tempat mereka bekerja.

1.Deposit rm300 setiap seorang dan baki pembayaran perlu diserahkan sebulan
sebelum tarikh penerbangan.

Nota: 1.SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN
2.SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK ANDALUSIA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.

No comments:

Post a Comment