Pages

Sunday, February 27, 2011

Allah mengutuskan rasul kepada manusia dengan tujuan:

1.Menyeru manusia supaya bersaksi dan beribadat kepada Allah yang sebenar serta
menegakkan ajaran-ajaran agamanya.
2.Untuk menjelaskan kepada manusia perkara-perkara ghaib yang tak dapat difikir
dengan akal semata-mata,kerana daa kebolehan akal manusia terbatas. Setakat
apa yang dapat dicapai melalui pancaindera sahaja. Tetapi mereka boleh
terima perkara-perkara yang ghaib apabila diterangkan oleh rasul dengan
keterangan-keterangan yang nyata dan jelas.
3.Untuk memberi rahmat keseluruhan alam kerana dengan pengajaran-pengajaran
yang dibawanya dapat memberi kebaikan bukan sahaja kepada manusia bahkan
kepada seluruh mahkluk dan Allah tidak akan bertindak ke atas seseorang sebelum
diutuskannya rasul.
4.Untuk menyampaikan undang-undang Allah kepada manusia supaya mereka mendapat
kesejahteraan dan kesempurnaan hidup dunia dan Akhirat.
5.Menjalankan tugas-tugas penting kepada manusia iaitu:-
a)Sebagai menjadi saksi kepada umatnya di Akhirat kelak.
b)Menyampaikan berita gembira (Kepada orang-orang yang beriman) dan berita
menakutkan (kepada orang-orang yang ingkar).
c)Penyeru kepada agama Allah (dengan taufik yang diberikannya).
d)Sebagai lampu yang menyuluh manusia daripada kegelapan jahil kepada
cahaya kebenaran dan ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment